Search

[Orang Belum Islam Masuk Masjid - Boleh Atau Tidak...

  • Share this:

[Orang Belum Islam Masuk Masjid - Boleh Atau Tidak?]

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”.
(Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

----------------------------------------------------------------------------

Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkan orang Belum Islam masuk ke dalam masjid hatta menawarkan kepada perwakilan Kristian dari Najran untuk melakukan 'Sunday Worship' mereka di dalam Masjid Nabawi tetapi kita mengharamkannya. Teori saya;

'Masjid & surau kita di Malaysia lebih suci dari Masjid Nabawi di Madinah sebab tu orang Belum Islam tak boleh masuk'

Wallahualam...

{[:-p


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts